Wednesday, January 26, 2011

' Rakyat Didahulukan Pencapaian DiUtamakan' ?

Salam 1 Malaysia terlebih dahulu kami sebagai rakyat Malaysia amat berbanggga dengan kerajaan melalui program pemimpin bersama rakyat iaitu 'Rakyat Didahulukan Pencapaian DiUtamakan'.Di  sini ingin kami berkongsi pengalaman kami bersama saudara2 semua.Kami merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Anak2 Yatim Jujur Kuala Lumpur & Selangor.Matlamat pertubuhan kebajikan Anak2 Yatim kami adalah berlandaskan seruan kerajaan 1 Malaysia,kami menerima anak2 yatim dari berbilang bangsa dan agama bagi tujuan untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berguna pada bangsa,agama dan tanahair.Pertubuhan kami telah berdaftar dan diluluskan pendaftaran dengan ROS pada bulan Mac 2010.Pertubuhan kami telah melalui beberapa proses pendaftaran melalui beberapa Jabatan dan kementerian khususnya kerajaan seperti Jabatan Kesihatan,Jabatan Bomba,Kementerian Kebajikan Masyarakat Dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Alhamdulillah Pertubuhan Kebajikan Anak2 Yatim kami telah mendapat perlesenan dari Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan.Proses seterusnya kami perlu memohon perlesenan dari DBKL.Kami telah pun menghantar segala dokument berkaitan permohonan pendaftaran perlesenan pada bulan Mei 2010 ke DBKL beserta pelan bangunan permis dengan mengikuti segala syarat2 dan undang2 DBKL..Kami telah melalui beberapa proses pendaftaran dan kami dimaklumkan oleh pegawai DBKL( Jabatan Perancang Bangunan ) permohonan kami telah ditolak pada bulan Ogos 2010 kerana kami tiada menyediakan pelan bangunan merangkumi pintu kecemasan dan tangga kecemasan.Kami ada berjumpa pegawai DBKL( Jabatan Perancang Bangunan ) dan beliau ada memberi tunjuk ajar dan nasihat berkaitan permohonan kami.Setelah pelan bangunan yg baru dikemaskini,kami memohon semula pada penghujung bulan Ogos 2010.Dan kami telah diberitahu oleh pegawai DBKL( Jabatan Perancang Bangunan ) yang permohonan baru kami akan diproses dan keputusan kelulusan dalam tempoh 3 bulan.Selepas tamat tempoh 3 bulan tersebut iaitu pada bulan December 2010 kami pergi semula ke Unit Jabatan Perancang Bangunan dan kami dimaklumkan oleh pegawai ( Jabatan Perancang Bangunan )permohonan kami telah disemak dan lengkap dan fail Pertubuhan Kebajikan Anak2 Yatim Jujur kami telah diserahkan kepada Jabatan OSC untuk mendapat kelulusan dari Datuk Bandar.Semasa menunggu surat kelulusan dari Datuk Bandar iaitu pada 26hb Januari 2011 kami telah mendapat surat dari Arkitek kami mengatakan permohonan kami telah ditolak sekali lagi atas sebab pelan bangunan kami tiada disertakan lot parking kereta dan lot parking motosikal.Persoalannya sebelum ini semasa permohonan kami ditolak pada kali pertama kami telah berjumpa pegawai (Jabatan Perancang Bangunan) dan kami telah berbincang dan beliau pegawai tersebut datang melihat bangunan premis kami dan beliau ada memberi tunjuk ajar dan nasihat berkaitan permohonan kami.Kami mengikut segala nasihat dan tunjuk ajar beliau untuk mempermudahkan proses permohonan kami tetapi kesudahannya permohonan kami ditolak juga atas alasan remeh temeh begini.Sepatutnya peranan kami atas dasar permohonan lesen Pertubuhan Kebajikan diberi kelonggaran dan sokongan oleh Jabatan2 Kerajaan bukannya dianak tirikan di tolak permohonan kami sesuka hati tanpa alasan yang logik.Yang peliknya lesen arak judi,rumah urut makin bertambah di negara kita ini macam cendawan tumbuh.Penguatkuasa buat tangkapan pun masih ada yang buka kedai lagi daftar syarikat baru lagi tak percaya tengok dengan mata kepala sendiri di mana keadilan untuk kerja2 kebajikan seperti kami yang mengikut slogan 1 Malaysia ' Rakyat Di dahulukan Pencapaian Di Utamakan'.

No comments:

Post a Comment